Make your own free website on Tripod.com

4.              Menerima dan membahaskan Usul-usul.

 

Tuan Haji Yahya bin Hashim selaku Ketua Cawangan membawa usul merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ucapan-ucapan dasar yang disampaikan oleh tetamu-tetamu jemputan dan diterima oleh majlis.

 

 

5.              Ucapan Penangguhan.

Oleh Sdr. Tuan Haji Yahya bin Hashim.

 

5.1.           Beliau mengucapkan terima kasih kerana dipilih dan diberi kepercayaan untuk menerajui Kepimpinan GB4B Cawangan bagi tahun 2004/2005.

5.2.           Selaku Ketua, beliau akan berusaha menggerakkan persatuan melalui aktiviti yang terancang dan memohon kerjasama semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli untuk menjayakannya.

5.3.           Akhirnya beliau mengajak dan menyeru ahli-ahli Cawangan khususnya ahli jawatankuasa yang terlantik untuk meneruskan azam dan tekad bagi memaju dan meningkatkan prestasi persatuan.

5.4.           Usul disokong oleh Sdr. Sufiyan bin Dasuki.

 

 

6.              Ucapan Tuan Haji Mohd. Zaid bin Haji Alias -  Ketua Kampung         Bukit Kapar.

 

6.1            Beliau meohon maaf kerana lewat hadir kerana hal mustahak.

6.2            Mengucapkan tahniah kerana berjaya mengadakan mesyuarat agung kali ke-13 selepas

                 pemulihan pada tahun lalu.

6.3            Berharap belia dapat merebut peluang terhadap program yang dianjurkan kepada pihak belia.

6.4            Beliau berharap belia dapat memberian khidmat nasihat kepada mereka yang bermasalah.

6.5            Beliau memberitahu pada bulan Mei ini, Pertandingan Kampung Indah pada 5hb Mei 2004.

                 Oleh itu, beliau berharap belia-belia dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan program

                 ini dengan baik.

6.6            Akhirnya, terima kasih kerana berusaha menjayakan program yang mana ia akan dimasukkan

                 kepada profil kampung.

 

 

7.              Penangguhan Mesyuarat.

 

Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih di tas kerjasama yang diberikan dalam melancarkan perjalanan mesyuarat.  Beliau memohon maaf dan menangguhkan mesyuarat pada jam 11.30 malam.

Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat

Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Bukit Kapar diadakan pada setiap tahun.

Gambar :

 

Barisan Kepimpinan Belia 4B Cawangan dan Negeri

 

Rakaman Minit Mesyuarat Agung Tahun 2005.

Gerakan Belia 4B Malaysia

Cawangan Bukit Kapar

Tarikh         :              9 Julai, 2005.

Hari             :              Sabtu

Masa           :              9.35 malam.

Tempat       :              Dewan Hotel Seri Malaysia Genting Highland

                                  No 11, Jalan Jati 1, Goh Tong Jaya, 69000 Genting Highland, Pahang.

Perasmian Oleh :      Yang Berbahagia

                                  Tuan Haji Ismail bin Haji Nor pjk

                                  Wakil Peribadi,

                                  Mewakili Y.B. Dato’ Jaei bin Haji Ismail DSSA,AMS,PJK,

                                  Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Meru.

 

Kehadiran                       :          Ahli-ahli Cawangan berjumlah 120 orang.

 

Turut Hadir                      :         

 

1.  Tuan Haji Ismail bin Haji Nor pjk   -      Wakil Peribadi Yang Berhormat ADUN Meru.

2.  Encik Aliudin bin Sadali                 -    S/usaha Kehormat GB4BM Negeri Selangor.

3.  Tuan Hj Mohd. Zaid bin Hj Alias    -     Pengerusi JKKK/Ketua Kg. Bukit Kapar.

4.  Tuan. Hj Amanat bin Parman         -   Pengerusi Tetap GB4B (M) Bukit Kapar

 

Agenda Perasmian:

 

1.              Ucapan Alu-aluan Ketua Gerakan Belia 4B Cawangan.

 

1.1.           Sdr. Tuan Haji Yahya bin Haji Hashim selaku Ketua mengucapkan salam dan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan dan ahli-ahli Gerakan Cawangan yang hadir.

1.2.           Beliau bersyukur kerana dapat menghimpunkan ahli-ahli untuk mengadakan mesyuarat Agung pemulihan bagi menggerakkan persatuan.

1.3.           Beliau berharap Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar akan mengatur gerak kerja dan melipatgandakan usaha dalam semua aspek yang dapat dimanafaatkan oleh semua ahli.

1.4.           Beliau berharap semangat perpaduan dan kerjasama akan sentiasa dipupuk dan dikekalkan dimasa-masa akan datang tidak kira siapa yang menjadi pemimpin.

1.5.           Setiap ahli mestilah menanam sikap bertanggungjawab dan memandang kehadapan untuk menghadapi cabaran-cabaran menjelang dekad dua puluhan.

1.6.           Kita hendaklah menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan negara kita menjadi negara maju, dan penduduknya mempunyai kekuatan, berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan, beretika dan matang.

1.7.           Berharap agar ahli-ahli akan memainkan peranan dan bijak memilih barisan kepimpinan yang akan membawa hala tuju Gerakan Belia Cawangan di masa-masa akan datang.

 

 

2.              Ucapan Sdr. Aliudin bin Sadali

(Setiausaha Kehormat GB4BM Negeri Selangor)

 

2.1.           Mengucapkan salam kepada tetamu kehormat dan juga tetamu yang hadir.

2.2.           Selaku setiausaha Kehormat GB4BM Negeri, beliau mengucapkan tahniah kepada orang-orang yang sanggup hadir walaupun terdapat program lain.

2.3.           Beliau menyampaikan salam Pengerusi GB4BM Selangor YB Dato’ Ahmad Bari yang tidak dapat hadir kerana mempunyai aturcara pada masa yang bersamaan.

2.4.           Beliau berharap terdapat program-program yang menjurus kepada pembinaan insane dan juga merancang untuk membina struktur organisasi yang mantap diperingkat Kawasan, Negeri dan Kebangsaan.

2.5.           Beliau berharap Belia 4B dapat mengadakan program-program kerana peruntukan sebanyak RM300,000 untuk program rakyat dan menjadi satu tarikan yang kuat kepada belia.

2.6.           Beliau inginkan golongan belia berilmu untuk menjana kemajuan masyarakat sejagat. Jika masyaratkat Islam belia tidak sedar, malapetaka tidak mustahil akan berlaku.

2.7.           Beliau menerapkan kesedaran kepada orang Islam pada masa kini dengan membandingkan sejarah yang berlaku di dunia Arab (Palestin/ Israel)

2.8.           Beliau memberitahu terdapat Kursus Kontraktor (Keusahawanan, bengkel kemahiran) di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang dan berharap agar belia dapat menyertai kursus tersebut khususnya bagi lepasan Ijazah.

2.9.           Beliau sedih kerana Belia 4B belum dapat dipulihkan memandangkan belum banyak kawasan dapat wujudkan Belia 4B.

2.10.         Beliau berharap Belia-belia dapat memberikan sumbangan dan tidak segan atau malu untuk menyuarakan pendapat dan keinginan untuk membuat program-program yang membantu meningkatkan kemajuan masyarakat Malaysia.

 

 

3.              Ucapan Perasmian Oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Nor pjk

(Wakil Peribadi YB ADUN Kawasan Meru)

 

3.1.           Pertama-tamanya mengucapkan terima kasih dan bersukur kerana dapat hadir sama dan diberi penghormatan untuk merasmikan Mesyuarat Agung GB4BM Cawangan Bukit Kapar pada kali ini.

3.2.           Menyampaikan salam maaf dari YB Dato’ Jaei kerana tidak dapar hadir kerana menghadiri majlis di Shah Alam bersama Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor dan Exco Negeri Selangor.

3.3.           Belia menyokong terhadap perkara-perkara yang dihujahkan oleh Setiausaha Kehormat GB4B Negeri Selangor.

3.4.           Golongan Belia jangan lalai terhadap perkembangan atau pembangunan pada masa kini. Terutama pada dunia hiburan yang sama sekali menjatuhkan harga diri orang Melayu khususnya.

3.5.           Beliau menekankan pendidikan Agama Islam kerana ramai belia lalai dengan kerja-kerja yang sia-sia dan berharap agar remaja masa kini kembali menghayati syiar Islam.

3.6.           Belia mestilah peka kepada dunia pada hari ini seiring dengan pembangunan yang pesat.

3.7.           Beliau memaklumkan bahawa Yang Berhormat Wakil Rakyat akan sentiasa berusaha untuk sama-sama bangunkan belia-belia seperti peluang perniagaan, kursus-kursus, ilmu pengetahuan Islam dan sebagainya.

3.8.           Akhinya beliau Merasmikan Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Bukit Kapar Tahun 2005/1426H.