Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat

Sila Hubungi:

Tel: 03-33923945

Fax: 03-33923945

E-mel: shahrizal@epmb.com.my

No Tel Luar Pejabat: 013-2326300

Kemaskini  : 10 OGOS 2006

 

Gerakan Belia 4B Malaysia

Cawangan Bukit Kapar

BIRO PENDIDIKAN DAN ICT GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

CAWANGAN BUKIT KAPAR

________________________________________________________________________

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Dan ICT GB4B (M)

Cawangan Bukit Kapar tahun 2004-2007.

 

Ketua                                           :            Hj. Norsaidi B. Hj. Sario

 

Timbalan Ketua                         :            Sdri. Nor Azrina Bt. Hj. Johari

 

Setiausaha                                  :            Sdr. Mohd Amin B. Hj. Rostam

 

Ahli jawatankuasa                     :            Puan Faridah Hanim Bt. Hj. Mohd Ishak

 

                                                                 Sdri. Siti Usmiera Bt. Mohd Noor

 

                                                                 Sdr. Mazlan B. Pahrugi

 

1.  Pendahuluan.

Melihat kepada perlunya pendidikan sebagai teras kemajuan dan perkembangan belia maka GB4B Cawangan Bukit Kapar menjadikan pendidikan sebagai agenda utama.

 

Tiga program utama yang dikenal pasti dapat membantu kearah ini ialah:

a.   Takis Al-Hidayah yang mensasarkan kepada golongan tunas belia.

       b.   Kelas tiusyen khusus kepada kecemerlangan UPSR dan Pra-sekolah.

c.    Kursus, Seminar, Bengkel dikhususkan kepada semua golongan masyarakat.

 

Biro Pendidikan dan ICT sedang merancang untuk membantu pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

 

2.  Matlamat.

Matlamat utama Biro Pendidikan dan ICT ialah untuk memberi pendidikan dan bimbingan sebaik mungkin kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, Ahli jawatankuasa GB4B Cawangan, ahli GB4B serta masyarakat setempat.

 

3.  Tajuk             :  Takis Al-Hidayah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ustazah Rosni bersama anak murid                  Pelajar 6 tahun sedang mengikuti kelas.

 

Alamat                                 :            Dewan Amal Bakti

                                                           Lot 4064, Jalan Rebung, Kg. Bukit Kapar

                                                           42200 Kapar, Klang

                                                           Selangor.

Tarikh ditubuhkan               :            Januari 1998

 

Senarai ahli jawatankuasa.

       Penasihat 1                    :            Hj. Mohd. Dasuki B. Hj. Kamari

       Penasihat 2                    :            Hj. Mohd Ishak B. Radikin

       Pengerusi                       :            En. Mat Buang B. Selamat

       Setiausaha                     :            Ustazah Hauriana Bt. Norhade

       Bendahari                      :            Ustazah Rosni Bt. Hj. Mohd. Dasuki

       Jawatankuasa              :            Hj. Norsaidi B. Hj. Sario

                                                           En. Samaun B. Ngadi

                                                           En. Zamri B. Masian

                                                           Ustazah Lizahana Bt. Kusnin

                                                           Puan Rafidah Bt. Hj. Mohd Dasuki

                                                           Ustazah Siti Maskinah Bt. Mohd. Kosni

Guru Takis                             :            Ustazah Rosni Bt. Hj. Mohd. Dasuki

                                                           Ustazah Hauriana Bt. Norhade

                                                           Ustazah Lizahana Bt. Kusnin

Pembantu Takis                   :            Puan Rosijah Bt. Kassim

 

Objektif Penubuhan.

a.    Menyediakan peluang Pra-Pendidikan Islam  kepada anak-anak lingkungan umur 5 dan 6 tahun kepada anak-anak penduduk sekitar Qariah Setia Jaya dan penduduk Kampung Bukit Kapar.

b.    Memberi peluang kepada ibu bapa menghantar anak-anak belajar di Tadika Islam yang pada ketika ini belum banyak bilangannya.

c.    Memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang    

      agama Islam melalui penubuhan Takis ini.

 

Matlamat.

a.    Melalui program yang teratur, berhemah dan bersistematik anak-anak dapat menimba   ilmu        dan mengamalkannya serta memudahkan mereka belajar apabila memasuki alam        persekolahan.

b.    Dapat melahirkan anak-anak mengenal Islam dari awal lagi dengan harapan menjadi insan yang soleh di masa akan datang.

 

Penyertaan Pelajar.

Pelajar adalah mereka yang tinggal di sekitar Qariah Setia Jaya dan penduduk Kampung Bukit Kapar.

 

Hari persekolahan.

Isnin hingga Jumaat. 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 11.30 pagi bagi yang mengikuti kelas Iqra’.

 

Yuran Bulanan — RM30

 

Pakaian seragam.

Lelaki    :  Baju melayu putih, sampin ungu dan bersongkok.

Perempuan                  :  Baju kurung putih, kain ungu dan

   bertudung putih.

Pakaian sukan              :  T-Shirt putih berlengan ungu dan

   Seluar ungu.    

Sumber Kewangan.

a.    Yuran bulanan pelajar.

Sumbangan orang perseorangan.

 

Aktiviti Takis.

                 a.    Hari pendaftaran dan pengesahan pelajar.

                 b.    Majlis suai kenal pelajar.

                 c.    Lawatan sambil belajar.

                d.    Minggu amali solat.

                e.    Minggu buah-buahan.

                f.     Minggu tanam-tanaman dan sayur-sayuran.

                g.    Kelas Iqra’.

                H.    Hari sukan Takis.

                i.      Jamuan akhir tahun.

                   j.      Majlis hari jadi.

                k.     Majlis penyampaian sijil Takis.

 

4. Tajuk  :  Kelas Tiusyen

 

Dikategorikan sebagai projek individu yang lahir dan diusahakan          dari kalangan anggota GB4B Cawangan Bukit Kapar.     Selain    daripada dapat menjana pendapatan program ini juga      difikirkan boleh membimbing pelajar khususnya kepada pelajar-   pelajar yang akan menghadapi peperiksaan upsr dan Pra-sekolah.

              Program murni ini mendapat sokongan penuh dari PIBG sekolah      Kebangsaan Bukit Kapar dan masyarakat setempat. Ianya juga sebagai kelas altenatif selain kelas tuisyen yang telah disediakan   oleh pihak sekolah.

5.  Tajuk             :  Kursus, Seminar dan Bengkel Pendidikan.

 

Pengenalan.

  Beberapa siri Kursus dan Seminar telah dianjurkan oleh GB4B

  Cawangan Bukit Kapar melalui Biro Pendidikan dan ICT.

Sasaran program ini adalah kepada tiga golongan besar iaitu pelajar-Pelajar sekolah rendah, Ahli jawatankuasa GB4B Cawangan Bukit Kapar itu sendiri dan masyarakat belia setempat.

 

Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Organisasi 2005

Pada 9 dan 10 Julai 2005, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Genting, Pahang GB4B Cawangan Bukit Kapar telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Organisasi khusus kepada Ahli jawatankuasa GB4B Cawangan.

 

Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk:

       a.       Memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta Khususnya mengenai hal-hal

                 berkaitan Gerakan Belia 4B.

b.       Memberi kesedaran terhadap peri mustahaknya peranan kepimpinan dalam organisasi.

c. Mengenal pasti dengan lebih mendalam corak-corak pengurusan yang wujud dalam

              Perlembagaan Belia 4B. Meningkatkan tahap kemahiran para peserta ‘resource                 person’ dalam organisasi mereka khususnya dalam   merangka strategi untuk mencapai

              matlamat organisasi.

 

       Ahli Jawatankuasa Perlaksana:

 Ketua program                         :  Hj. Norsaidi B. Hj. Sario

 Setiausaha                                 :  Sdr. Mohd Amin B. Hj. Rostam

 Ahli jawatankuasa                    :  Sdr. Mohd Surani B. Hj. Borham

                                                       Sdr. Shahrizal B. Hj. Zainal

                                                       Sdr. Hardisura B. Mohd Turjah

             Kandungan Kursus:

                           .  Module 1 -       “Who am I”     (GB4B Cawangan)

                              Mengenal pasti kemahiran yang ada pada diri untuk

                              diterjemahkan dalam bentuk tugasan  bagi mengurus

                              sesebuah organisasi.

                           .  Module 11      -  “Kepimpinan Dan Pengurusan Organisasi 

                                                           GB4B Serta Permasaalahan”.

Disampaikan oleh Timbakan Ketua Belia Kawasan

Sdr. Ridzuan B. Dawood.

Antara lain penerangan secara mendalam struktur organisasi dan bidang kerjanya, dasar Belia Negara, melakar, membincang potensi dan kepentingan gerakan Belia 4B dulu hingga ke hari ini. 

.  Module 3 -  “Ceramah Agama”  (Ust. Sahibudin Muhaimin).

    Keterampilan dan peranan Belia bagi mewujudkan masyarakat Belia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

.  Module 4 -  “Bengkel Team Work”     (GB4B Cawangan)

   Mendedahkan peserta kepada cara kerja berkumpulan, penyelesaian masaalah dan cara mengatasinya.

            

5.2         Tajuk  :   Dialog Kerjaya Bersama Bekas-Bekas Pelajar SKBK

                          November 2005, bertempat di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, GB4B Cawangan Bukit Kapar bersama PIBG SKBK telah mengadakan program santai ini.

                         

                          Dalam majlis tersebut GB4B telah mengumpulkan seramai Empat (4) orang fasilitator , terdiri dari

                          bekas-bekas pelajar yang telah berjaya dan boleh dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar

                          khususnya kepada pelajar yang akan meghadapi peperiksaa UPSR 2006. 

                      

                           Antara fasilitator yang dijemput ialah:

                           .  Dr. Mohd Arif B. Hj. Noh

                 Doktor Pakar Bedah ,Hospital Besar Pulau Pinang.

              .  Sdr. Shahrizal B. Hj. Zainal

                 Proses Engineer ,EP Polymers (M) Sdn Bhd

                          .  Sdr. Mohd Nazim Hj Suien.

   Project Manager ,Scope International (M) Sdn Bhd

 

Maklum balas yang diterima dari pihak Pengurusan PIBG SKBK mengenai program ini amat baik sekali.  Menurut Guru Besar SKBK peningkatan pencapaian kurikulum cukup hebat dimana sekolah telah berjaya memenangi dalam beberapa acara sukan yang dipertandingkan di peringkat Daerah.  Contoh yang terdekat ialah Sekolah telah berjaya menjadi johan acara Ragbi Rimau di peringkat daerah dan menjadi wakil Daerah ke pertandingan peringkat negeri.

 

Pelajar secara tidak langsung termotivasi kerana di hadapan mereka adalah bekas pelajar SKBK yang sekarang ini telah berjaya dalam bidang masing-masing dan sebagai contoh ikutan terdekat kepada mereka.

 

5.3   Tajuk     :  “Kursus Pengurusan Pembelajaran Stratergik (KKPS)”          

 

             Anjuran bersama GB4B Cawangan Bukit Kapar  dan PIBG Sekolah   Kebangsaan Bukit Kapar.  Program selama dua hari ini telah diadakan pada 28 dan 29 Januari 2006, bertempat di Dewan Perdana SKBK.

 

             Seramai 225 pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2006 telah berjaya menamatkan kursus di bawah kendalian Dr. Ismail Zain, salah seorang Pakar Motivasi yang terkenal di Malaysia dewasa ini. Ibubapa dan penjaga juga hadir pada hari kedua program ini merasa cukup teruja kerana ini lah julung kali mereka dijemput serta dalam program motivasi bersama anak dan pelajar jagaan mereka. Fasilitator Dr. Ismail Zain berjaya menyuntik sedikit motivasi sebagai tugas susulan dan pemantauan selepas selesai saja program ini.

 

Tujuan / kandungan Kursus.

Dinamika Pelajar : Pelajar akan didedahkan dengan konsep pemikiran kritis & kreatif.  Mengenal profil diri dan menganalisa potensi serta keperluam diri.

Strategi Pengurusan Masa :  Memahami & menghargai masa.  Faktor pembaziran & penggunaan masa serta merancang masa secara stratergik.

Strategi Pengurusan Kemahiran Belajar:  Pelajar diajar cara ternaik stratergi mengulang kaji,  stratergi menganalisis pelajaran dan stratergi daya imaginasi, ingatan & gambaran mental.

 

5.4   Tajuk    :   Melancarkan laman web sendiri iaitu                                                                                                              http://www.gb4bbukitkapar.tripod.com/

 

5.5  Perancangan akan datang.

 

a.    Program susulan KKPS iaitu Kursus Diambang Peperiksaan (KDP) akan menyusul pada Ogus 2006   iaitu

       tarikh sebulan sebelum pelajar tahun 6 2006 menghadapi peperiksaan sebenar.

b.  Dialog Kerjaya Bersama Bekas-Bekas Pelajar SKBK akan dijalankan pada bulan Mei 2006 di mana GB4B        Cawangan Bukit Kapar telah mengenal pasti dan menjemput beberapa Pensyarah dari pelbagai        bidang dari bekas pelajar SKBK yang hari ini bertugas di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam.

c.    Biro Pendidikan dan ICT merancang untuk meluaskan lagi skop bimbingan kepada pelajar-       pelajar menengah khusus yang akan menghadapi   peperiksaan PMR dan SPM.