Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat

Sila Hubungi:

Tel: 03-33923945

Fax: 03-33923945

E-mel: shahrizal@epmb.com.my

No Tel Luar Pejabat: 013-2326300

Kemaskini  : 10 OGOS 2006

 

Gerakan Belia 4B Malaysia

Cawangan Bukit Kapar

Ahli Gerakan 4B Bukit Kapar mendaftar untuk Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi 2005.

 

Seramai  40 ahli Gerakan Cawangan Bukit Kapar telah mengikuti kursus tersebut pada 9 hinggga 10 Julai 2005 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. Majlis yang dirasmikan oleh wakil dari En Faizal bin Yahya (Ketua Belia Kawasan Kapar) iaitu En Ridzuan bin Dawood.

Ahli Gerakan 4B Bukit Kapar mengadakan perbincangan mengenai Anugerah Belia Perdana.

 

Ahli Gerakan sedang merangka kerja untuk menyertai Anugerah Belia Perdana 2006. Gerakan Belia 4B Kawasan Kapar telah memilih GB4B Cawangan Bukit Kapar untuk menyertai pertandingan di peringkat Daerah Klang.

 

Satu kerja kerja dibentang untuk menghadapi pertandingan yang bakal diadakan pada April/Mei 2006. Modul kertas kerja telah disediakan.

 

Lihat kertas kerja...

 

 

Bilik Gerakan 4B Bukit Kapar

 

AJK Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar memiliki sebuah dewan yang dilengkapi oleh bekalan elektrik, kipas dan penghawa dingin serta sedang menunggu peruntukan untuk dibekalkan saluran paip air serta tandas.

 

Semua peralatan adalah untuk rangka kerja menyertai Anugerah Belia Perdana 2006.

 

 

Kedai 1, 2, 3  Milik  Gerakan 4B Bukit Kapar

 

Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar memiliki beberapa bangunan atau kedai bersebelahan dengan Bilik Gerakan Belia. Kedai 1 dilengkapi saluran paip bersih dan elektrik bagi kemudahan penyewa.

 

Penyewa kedai 1 menggunakan bangunan untuk menyimpan peralatan kerja-kerja bangunan serta pejabat.

 

Penyewa kedai 2 menggunakan bangunan untuk jualan runcit.

 

Manakala kedai 3 disewa bagi membuka perniagaan gunting rambut.

 

 

Kedai 4 Milik  Gerakan 4B Bukit Kapar

 

Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar memiliki sebuah lagi bangunan atau kedai di tempat lain. Kedai 4 dilengkapi saluran paip bersih dan elektrik bagi kemudahan penyewa.

 

Penyewa kedai 4 menggunakan bangunan untuk menjual makanan panas dan sejuk.

 

Semua penyewa akan membayar sewa kepada Bendahari Gerakan sekali sebulan.

 

 

Kedai Servis Motokar Milik Ahli Gerakan 4B Bukit Kapar

 

AJK Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar, En Mohammad Remi bin Mardi memiliki sebuah kedai servis motokar yang dilengkapi kebanyakan peralatan untuk membaiki kenderaan bermotor. Beliau yang terlibat dalam gerak kerja menyertai Anugerah Belia Perdana 2006, amat komited untuk membangunkan kedai serta berbakti kepada masyarakat.

 

Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar telah mengambil kedai ini sebagai anak angkat projek Biro Ekonomi.

 

 

Kedai Servis Motosikal Milik Ahli Gerakan 4B Bukit Kapar

 

AJK Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar, En Ahmad Ghazali bin Mohday memiliki sebuah kedai servis motosikal yang dilengkapi kebanyakan peralatan untuk membaiki motosikal. Beliau yang terlibat dalam gerak kerja menyertai Anugerah Belia Perdana 2006, amat komited untuk mengembangkan perniagaan serta berbakti kepada masyarakat.

 

Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar telah mengambil kedai ini sebagai anak angkat projek Biro Ekonomi.

 

 

Ahli Gerakan 4B Bukit Kapar Bakal Memasuki Anugerah Belia Negara 2006.

 

Ahli Gerakan sedang merangka kerja untuk menyertai Anugerah Belia Perdana 2006. Gerakan Belia 4B Kawasan Kapar telah memilih GB4B Cawangan Bukit Kapar untuk menyertai pertandingan di peringkat Daerah Klang.

 

Satu kerja kerja dibentang untuk menghadapi pertandingan yang bakal diadakan pada April/Mei 2006. Modul kertas kerja telah disediakan.

 

Lihat kertas kerja...

 

Untuk rekod, GB4B Bukit Kapar pernah memenangi Anugerah yang dahulunya dikenali Anugerah Belia Jaya.

BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

CAWANGAN BUKIT KAPAR

________________________________________________________________________

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Biro Ekonomi dan Pembangunan GB4B (M)

Cawangan Bukit Kapar tahun 2004-2007.

 

Ketua                                           :            Mohd Remy Bin Mardi

 

Timbalan Ketua                         :            Saiful Bahri Bin Mujir

 

Setiausaha                                  :            Norelializa Bt Md Zaini

 

Ahli Jawatankuasa                    :            Faeiza Bt Muhd Zaiton

 

                                                                 Md Muzi Bin Hj Ibrahim

                                                                

                                                                 Zamzuni Bin Sajuni

 

                                                                 Zulhisham Bin Salim

 

1.  Pendahuluan.

Biro Ekonomi dan Pembangunan telah mensasarkan beberapa golongan atau kumpulan di dalam perancangan aktiviti. Di antaranya ialah golongan pelajar lepasan sekolah dan penganggur yang mana ia merupakan masa yang terbaik untuk golongan ini dibentuk menjadi insan yang berguna di samping mengelakkan daripada melakukan gejala yang tidak sihat. Selain itu, sasaran juga terarah kepada golongan pekerja. Ini termasuklah pekerja sektor kerajaan, swasta serta tidak lupa yang bekerja sendiri. Golongan ini dianggap berpengalaman didalam menguruskan persatuan yang dapat membantu menjanakan aktiviti belia.

 

Adalah diharapkan agar sasaran ini menepati matlamat biro untuk mewujudkan suasana yang seimbang di dalam gerakan.

 

2.  Matlamat.

Biro telah menetapkan matlamat seperti yang berikut:

 

Menyatupadukan golongan belia dan masyarakat setempat dan di luar kawasan.

Memupuk semangat gotong-royong dikalangn ahli belia.

Mengeratkan rasa saling hormat menghormati di kalangan masyarakat setempat.

Mewujudkan rasa tanggungjawab dikalangan ahli belia.