Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat

Sila Hubungi:

Tel: 03-33923945

Fax: 03-33923945

E-mel: shahrizal@epmb.com.my

No Tel Luar Pejabat: 013-2326300

Kemaskini  : 10 OGOS 2006

 

Gerakan Belia 4B Malaysia

Cawangan Bukit Kapar

BIRO SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

CAWANGAN BUKIT KAPAR

________________________________________________________________________

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Biro Sosial dan Kemasyarakatan GB4B (M)

Cawangan Bukit Kapar tahun 2004-2007.

 

Ketua                                           :            Aili Yusri Bin Ahmad Said

 

Timbalan Ketua                         :            Shahzatul Hafiz Bin Hj Dalail

 

Setiausaha                                  :            Mazlan Bin Katim

 

Ahli Jawatankuasa                    :            Suffiyan Bin Hj Mohd Dasuki

 

                                                                 Mohd Azizi Bin Masian

                                                                

                                                                 Nor Idayu Bt. Tutur

 

                                                                 Hermayanti Bt. Hairoman

 

2.  Matlamat.

Biro telah menetapkan matlamat seperti yang berikut:

 

Menyatupadukan golongan belia dan masyarakat setempat dan di luar kawasan.

Memupuk semangat gotong-royong dikalangn ahli belia.

Mengeratkan rasa saling hormat menghormati di kalangan masyarakat setempat.

Mewujudkan rasa tanggungjawab dikalangan ahli belia.

 

 

3.  Laporan Aktiviti

 

Program Integrasi Desa KKLW ke Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kg. Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.

 

Tarikh : 07 – 09hb Januari 2005

Tempat : Kg. Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.

Bilangan Peserta : 40 Orang

Ringkasan Program :

             Penetapan objektif program ialah untuk saling mengenali antara belia Kampung Bukit Kapar dan belia Kampung Mawai Baru. Melalui program ini juga maka dapatlah saling bertukar-tukar kebudayan termasuklah Cempuling, Tarian Ghazal dan lain-lain. Disamping itu, para peserta dapat melawat ke kawasan projek kampung tersebut.

 

Program Lawatan Ke Terengganu.

 

Tarikh : 16 – 18hb Julai 2005

Tempat : Kilang Batik, Kuala Terengganu.

Bilangan Peserta : 40 Orang

Ringkasan Program :

             Lawatan ke kilang Batik di Kuala Terengganu memberikan aspirasi kepada peserta untuk melihat secara lebih dekat bagaimana kain batik dihasilkan. Para peserta amat mengagumi seni lukisan batik yang ditunjukkan oleh pekerja mahir di kilang tersebut.

 

Selain itu, para peserta juga telah melawat ke Pusat Pemuliharaan Penyu. Di sana telah diterangkan oleh pegawai yang menjaga pusat tersebut bagaimana untuk menjaga dan mengekalkan spesis penyu yang kian pupus ini.

 

Satu lagi aktiviti yang amat disasarkan iaitu untuk membeli belah di pasar Payang Kuala Terengganu. Di sini, para peserta dapat melihat suasana kemeriahan yang tidak terdapat di Bandar Klang. Pelbagai barangan dapat diperolehi dengan harga yang murah termasuklah kain batik, songket serta yang terkenal di Terengganu iaitu Keropok Lekor.

 

Majlis Berkhatan Anak En. Aili Yusri  - Muhd. Shahrul Amri.

 

Tarikh : 20 – 21hb Ogos 2005

Tempat : Rumah Sdr. Aili Yusri Bin Ahmad Said.

Bilangan Peserta : 20 Orang

Ringkasan Program :

             Biro penanggah telah diwujudkan untuk membantu melayan para tetamu yang hadir. Antara tugasan-tugasan yang dilakukan ialah menyediakan makanan, mengemas meja tetamu dan juga memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

 

 

Majlis Perkahwinan Norzihan Bt. Ngadini@Ngatini.

 

Tarikh : 27 – 28hb Ogos 2005

Tempat : Rumah Norzihan Bt. Ngadini.

Bilangan Peserta : 20 Orang

Ringkasan Program :

             Seperti program berkhatan di rumah Sdr. Aili Yusri, Biro penanggah telah sekali lagi telah membantu melayan para tetamu yang hadir. Tugasan-tugasan yang dilakukan ialah menyediakan makanan, mengemas meja tetamu dan juga memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

 

Gotong-royong Membersihkan Bilik Gerakan GB4B.

 

 

 

Tarikh : 05hb Mac 2006

Tempat : Bilik Gerakan 4B Cawangan Bukit Kapar.

Bilangan Peserta : 20 Orang

Ringkasan Program :

             Bagi memastikan bilik gerakan sentiasa terjaga dalam keadaan yang bersih dan ceria, gotong-royong telah diadakan. Para peserta telah membawa peralatan asas seperti penyapu, cangkul, parang dan sebagainya untuk kerja-kerja luaran. Manakala bagi dalaman pula yang dimonopoli oleh kaum wanita yang mana mereka mencuci lantai, memasang langsir dan menghias dalaman bilik gerakan.