Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat

Sila Hubungi:

Tel: 03-33923945

Fax: 03-33923945

E-mel: shahrizal@epmb.com.my

No Tel Luar Pejabat: 013-2326300

Kemaskini  : 10 OGOS 2006

 

Gerakan Belia 4B Malaysia

Cawangan Bukit Kapar

BIRO AGAMA DAN DAKWAH GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

CAWANGAN BUKIT KAPAR

________________________________________________________________________

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Biro Agama Dan Dakwah GB4B (M)

Cawangan Bukit Kapar tahun 2004-2007.

 

Ketua                                           :            Biszaman Bin Hj Borham

 

Timbalan Ketua                         :            Nasrudin Bin Saleh

 

Setiausaha                                  :            Idanursiah Bt. Misnan

 

Bendahari                                   :            Biszaman Bin Borham

 

Ahli Jawatankuasa                    :            Norsuziah Bt. Mustapa

 

                                                                 Hauriana Bt. Norhare

                                                                

                                                                 Mohd Isham Bin Samad

 

                                                                 Mohd Azrizal Bin Tukimin

 

Mohd Rizam Bin Hj Sairi

 

1.  Pendahuluan.

Biro Agama dan Dakwah telah ditubuhkan pada tahun 1974. Ia telah diasaskan oleh Sdr Jajuli Bin Hj. Abd Rahman. Biro ini telah mensasarkan beberapa golongan atau kumpulan di dalam perancangan aktiviti. Di antaranya ialah golongan pelajar dan lepasan sekolah yang mana ia merupakan masa yang terbaik untuk golongan ini dibentuk menjadi insan yang berguna disamping mengelakkan daripada melakukan gejala yang tidak sihat. Selain itu, sasaran juga terarah kepada golongan pekerja. Ini termasuklah pekerja sektor kerajaan, swasta serta tidak lupa yang bekerja sendiri. Golongan ini dianggap berpengalaman didalam menguruskan persatuan yang dapat membantu menjanakan aktiviti belia.

 

Adalah diharapkan agar sasaran ini menepati matlamat biro untuk mewujudkan suasana yang seimbang didalam gerakan serta demi kemajuan biro.

2.  Matlamat.

 

Biro telah menetapkan matlamat seperti yang berikut:

 

Menyematkan unsur-unsur kerohanian dalam diri belia melalui aktiviti keagamaan.

Menyatukan golongan belia dengan golongan lebih berpengalaman khususnya AJK Surau dan Masjid.

Mengeratkan silaturrahim dikalangan semua masyarakat kampung.

Melahirkan kumpulan belia yang sanggup bekerjasama dengan anggota masyarakat.

Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri belia dalam usaha membangunkan masyarakat.

 

 

3.  Laporan Aktiviti

 

Ceramah Peranan Belia Dalam Konteks Islam.

 

Tarikh : 09 – 10hb Julai 2005

Tempat : Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands.

Bilangan Peserta : 40 Orang

Ringkasan Program :

             Suatu sesi ceramah bersama para belia. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Muhaimin. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Para belia telah didedahkan bagaimana menyusunatur masa depan khususnya didalam penyertaan secara berpersatuan yang berlandaskan nilai-nilai penetapan agama.

Sambutan Maal Hijrah.

 

Tarikh : 14hb Februari 2005

Tempat : Surau Al-Islah, Setia Jaya, Kg Bukit Kapar.

Bilangan Peserta : 100 Orang

Ringkasan Program :

             Mengadakan sesi ceramah bersempena sambutan hari Maal-Hijrah. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Yusri dari Kuala Selangor. Disamping itu, program juga dihiburkan oleh kumpulan nasyid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar.

 

Pertandingan Amal Islami (Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1425H).

 

Tarikh : 23hb April 2005 (2.30 ptg)

Tempat : Surau Al Islah, Setia Jaya, Kg Bukit Kapar.

Bilangan Peserta : 20 Orang

Ringkasan Program :

             Dirasmikan oleh Ustaz Ishak Radikin yang juga merupakan Imam Surau Al-Islah.

 

Sambutan Hari Raya Qurban.

 

Tarikh : 21hb Januari 2005

Tempat : Surau Al-Islah, Setia Jaya, Kg Bukit Kapar.

Bilangan Peserta : 71 Orang

 

Ringkasan Program :

             Para belia ahli bersama-sama bergotong-royong membantu ahli surau Qariah Setia Jaya. Aktiviti utama ialah menyembelih 7 ekor lembu dan dipotong bersama-sama untuk diagihkan kepada yang hak.

 

Latihan Marhaban.

 

Tarikh : 20hb Januari 2005

Tempat : Surau Al-Islah, Setia Jaya, Kg Bukit Kapar.

Bilangan Peserta : 20 Orang

Ringkasan Program :

             Ia adalah untuk mewujudkan kumpulan Marhaban kawasan kampong. Latihan ini dijalankan setiap hari Selasa pada waktu malam selepas waktu Isya’. Objektif penubuhan adalah supaya dapat memberi persembahan kepada majlis-majlis seperti perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.

 

Sambutan Hari Raya Qurban.

 

Tarikh : 10hb Januari 2006

Tempat : Surau Al-Islah, Setia Jaya, Kg Bukit Kapar.

Bilangan Peserta : 20 Orang

Ringkasan Program :

             Para belia ahli bersama-sama bergotong-royong membantu ahli surau Qariah Setia Jaya. Aktiviti utama ialah menyembelih 8 ekor lembu dan dipotong bersama-sama untuk diagihkan kepada yang layak.