Lagu Rasmi

 

Bersatu Untuk Mempertahankan Negara Kita
Berdaulat Dan Merdeka
Belajar Ilmu Rohani Dan Jasmani
Penting Dan Amat Berguna 

Bekerja Ke Arah Penghidupan Yang Sempurna
Bersifat Berdikari
Berkhidmat Untuk Gerakan 4B
Masyarakat Dan Negara

** Korus **

Bendera Kita Berkibar-Kibar
Sungguh Megah Di Angkasa
Lambang Gerakan Gagah Perkasa
Jadi Panduan Kita 

Cogan Bersatu, Belajar, Bekerja Dan Berkhidmat
Bergerak Seruannya
Marilah Bersama Menjalankan Ikrar
Untuk Negara Malaysia

 

Ikrar Gerakan Belia 4B

 

Bahawa Saya Berikrar
BERSATU
Untuk Melaksanakan Tujuan-Tujuan Gerakan 4B
Dan Mempertahankan Kemerdekaan
Dan Kedaulatan Negara

BELAJAR
Untuk Memperolehi Ilmu Yang Berguna
BEKERJA
Untuk Penghidupan Yang Sempurna
BERKHIDMAT
Untuk Gerakan 4B, Agama, Bangsa Dan Negara

 

 

Cogan Kata dan Seruan

 

Cogan Kata : "BERSATU, BELAJAR, BEKERJA, BERKHIDMAT"

Seruan : "BERGERAK"

-: INFO BELIA 4B :-

 

Logo dan Bendera

        

Logo Belia 4B - Logo Gerak 21

Bendera Belia 4B

 

(HJ YAHYA BIN HJ HASHIM pjk)

Ketua,

GB4B (M) Cawangan Bukit Kapar

Tel: 03-33923945

Fax: 03-33923945

E-mel: shahrizal@epmb.com.my

No Tel Luar Pejabat: 013-2326300

Kemaskini  : 10 OGOS 2006

 

Sekapur Sireh Dari Ketua GB4B Cawangan.

 

Assalamualaikum w.b.t.

 

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita telah dapat melengkapkan Laman Web Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Bukit Kapar. Saya mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Laman Web Gerakan yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek Laman Web ini.

 

Semenjak penubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar, inilah julung-julung kalinya Biro Pendidikan dan IT telah menghasilkan Laman Web bersesuian dengan hasrat kerajaan supaya belia tidak ketinggalan dalam arus pembangunan khususnya Teknologi Maklumat (IT). 

 

Dengan adanya Laman Web ini, saya berharap semoga segala maklumat berkaitan dengan Gerakan Belia dapat disampaikan dengan cara yang cepat dan berkesan. Maklumat berkaitan belia dapat diakses dengan mudah melalui internet samada di pejabat, di rumah atau di mana-mana sahaja seluruh dunia. Sebagai bukti, kita dapat melayari Laman Web Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar yang dirangkaikan dengan Laman Web lain seperti Majlis Belia Malaysia, Jobstreet, Berita Harian dan Agensi-agensi kerajaan seperti CIDB, MARA, Suruhanjaya Perkhidmatan dan sebagainya.

Saya berharap semoga program-program akan dirancang pada masa hadapan akan lebih memberi manfaat bukan hanya kepada golongan belia, tetapi juga kepada masyarakat setempat amnya. Sebagai contoh, pihak belia boleh membuat program anjuran bersama pihak sekolah seperti Kursus Motivasi dan Kursus Menghadapi Peperiksaan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama terhadap kemajuan dan pentadbiran persatuan ini. Terutamanya kepada Ahli Jawatankuasa Laman Web Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Kapar, Pejabat Daerah Klang, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, Wakil Rakyat (ADUN) Kawasan Meru, Penghulu Mukim Kapar, Ahli-ahli Lembaga Penasihat, dan Ahli-ahli JKKK diatas segala bantuan dan nasihat serta kerjasama yang diberikan.

 

Sekian, dan Selamat Datang ke Dunia Siber.

 

“BERGERAK”

Sila Hubungi:

Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat

Gerakan Belia 4B Malaysia

Cawangan Bukit Kapar

Baju Rasmi Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Bukit Kapar

 

Text Box: KERTAS KERJA ANUGERAH BELIA NEGARA 2006


1) ANJURAN: GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN BUKIT KAPAR

2) ANJURAN BERSAMA: GERAKAN BELIA 4B KAWASAN KAPAR

3) OBJEKTIF:
	A) MENGETENGAHKAN HASIL KERJA GB4B CAWANGAN BUKIT KAPAR
	B) MEMBERI PELUANG KEPADA BELIA MENCEBURI BIDANG YANG DISEDIAKAN
	C) MENARIK BELIA MENGIKUTI PROGRAM ANJURAN GB4B
	D) MENYOKONG HASRAT KERAJAAN DALAM KEMPEN BELIA BENCI DADAH

4) MATLAMAT:
MELAHIRKAN BELIA BERWAWASAN DAN BERPENDIDIKAN DALAM MENGUSAHAKAN SESUATU BIDANG YANG BOLEH MENJANA EKONOMI, SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN DALAM BUKIT KAPAR KHUSUSNYA; NEGERI SELANGOR AMNYA

5) MOTO:
BELAJAR BERSAING, BERUSAHA GIGIH DAN BEKERJA CEMERLANG

6) PROGRAM:

TARIKH	: MEI 2006
TEMPAT	: GERAKAN BELIA 4B CAWANGAN BUKIT KAPAR, KAPAR, SELANGOR
		
MASA		: 9.00 PAGI
PERASMIAN	: ADUN MERU

7) AJK TERLIBAT:




DISEDIAKAN OLEH:

SHAHRIZAL BIN HJ MD ZAINAL
KETUA URUSETIA ABN2006

GERAKAN BELIA 4B (M) CAWANGAN BUKIT KAPAR, KLANG

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BELIA 4B

 

 

 

BAB 1 :

NAMA

 

Pertubuhan ini dinamakan 'PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA' terdiri daripada 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan atau nama ringkasnya "4B".

BAB 2 :

ALAMAT

 

Alamatnya ialah:
No. 525, Jalan Persekutuan
Bukit Persekutuan
50480 Kuala Lumpur.
dan Ibu Pejabatnya akan ditetapkan dari masa ke semasa di dalam Perhimpunan Agung Tahunan dengan Persetujuan Pendaftar Pertubuhan.

BAB 3 :

COGAN KATA DAN SERUAN

 

· Cogan Kata ialah "BERSATU, BELAJAR, BEKERJA dan BERKHIDMAT"

· Seruan ialah "BERGERAK"

BAB 4 :

IKRAR

 

IKRAR 4B ini ialah seperti berikut:-
" Bahawa saya berikrar bersatu untuk mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara, belajar untuk memperolehi ilmu yang berguna, bekerja untuk penghidupan yang sempurna dan berkhidmat untuk 4B, Ugama, Bangsa dan Negara."

BAB 5 :

LAMBANG DAN BENDERA

5.1

Lambang ialah Perisai Latar Belakang berwarna hijau dengan pecahan bintang 14 Negeri Malaysia berwarna putih serta perkataan '4B' berwarna merah ditengah-tengahnya dan dilengkapi oleh dua tangkai padi masak berwarna kuning emas.

5.2

Bendera 4B ini ialah berwarna merah di sebelah bawah dan putih di sebelah atas dengan lambing terletak di penjuru sebelah kiri meliputi satu perempat daripada bendera.

BAB 6 :

TUJUAN

 

Tujuan-tujuan 4B ialah :-

6.1

Menyatu, menyusun dan mengembeling tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan Negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil.

6.2

Memberi pendidikan rohani dan jasmani.

6.3

Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4B, Ugama, Bangsa dan Negara.

6.4

Menegakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan.

6.5

Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur

6.6

Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen yang berdasarkan rasa tanggungjawab dan keihklasan.

6.7

Menggalakan ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang berasakan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisiplin.

6.8

Berusaha untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

6.9

Bekerjasama dengan Kerajaan dan PertubuhanPErtubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak-kehendak, tujuan dan perjuangan 4B.

6.10

Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan kepada badan-badan lain yang sesuai.

6.11

Berusaha mempertahankan, menegak dan memperkembangkan agama Islam, agama rasmi negara.

BAB 7 :

KEAHLIAN

 

Ahli-ahli 4B adalah tiga jenis :-

 

· Ahli Muda

· Ahli Biasa

· Ahli Kehormat

BAB 8 :

SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI

8.1

Seorang Ahli Muda hendaklah:-

a)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 12 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan.

b)

Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B.

c)

Tidak menjadi ahli sebarang Pertubuhan Belia yang lain.

8.2

Seorang Ahli Biasa hendaklah:-

a)

Warganegara Malaysia yang berumur di antara 16 hingga 40 tahun pada 31 Disember tahun berkenaan melainkan seseorang itu maih lagi memegang Jawatankuasa atu dipilih.

b)

Tidak tertakhluk kepada (a) Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi, Negeri, Kawasan dan Cawangan yang dipilih dan yang dilantik tidak ada had umur, dengan syarat ada kesinambungan seseorang itu memegang jawatan di salah satu peringkat.

c)

Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B.

d)

Tidak menjadi ahli atau memegang apa-apa jawatan sebarang Pertubuhan Belia yang lain kecuali Pertubuhan beruniform.

8.3

Seorang Ahli Kehormat hendaklah:-

a)

Orang-orang perseorangan yang dipilih oleh Jawatankuasa di semua peringkat.

b)

Mengaku menurut syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan menurut Perlembagaan dan dasar-dasar 4B.

c)

Tidak menjadi ahli atau memegang jawatan sebarang Pertubuhan Belia yang lain.